Selasa, 23 Disember 2025

mister naqib (1) :- anak pramatang

assalammualaikum dan selamat malam...

dah lama tak menulis sejak Mei 2024. aku sibuk dan fokus menjaga satu projek di Melaka. sekarang aku dah berpindah semula ke Selayang. 

kalau siapa pernah baca blog lama aku. aku sekarang tinggal di "Rumah Makcik Sebelah" dekat dengan pejabat HQ.

tahun ni, aku mengandung. alhamdulillah. 

dan aku dah selamat melahirkan anak pramatang. melahirkan semasa kandungan berusia 25 minggu akibat daripada fabriod yang menekan anak dalam kandungan untuk keluar. 

alhamdulillah. kali ni selamat dikeluarkan dengan sempurna. selepas mengalami kontraksi selama 32 jam bagi mencukupkan ubat - ubatan untuk membolehkan bayi pra-matang lahir sempurna. antaranya ubat menguatkan paru - paru dan mengurangkan risiko kerosakan otak. 

akhirnya, Naqib Lokman selamat dilahirkan pada 18 Ogos 2025 jam 1042 pagi.

***

kemudian, Naqib dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama 74 hari di Hospital Shah Alam. dan mencapai berat 1.8 kg; semasa ini dua kali pemindahan darah dan sekali jangkitan kuman. 

sehari selepas keluar dari NICU, Shah Alam, Naqib sesak nafas dan masuk semula NICU di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (Pakar Wanita & Kanak - kanak) kerana dijangkiti virus Influenza A dan lain - lain kuman di paru - paru. pada masa ini, Naqib ditidurkan dan tebuk air tulang belakang untuk mengesan kuman - kuman lain. selain mengambil anti-biotik untuk Influenza A yang berlarutan sehingga 21 hari; Naqib buat pemindahan darah satu kali. pakai susu dengan formula AR untuk mengurangkan refluks dalam paru - paru. 

masa ni, aku dah jadi gila. tengok Naqib lembik di Wad Kecemasan. 

berubat di sana selama 42 hari, alhamdulillah Naqib dah makin sembuh dan berjaya menamatkan rawatan bayi pramatang pada 12 Disember 2025 jam 0800 malam; berat ideal 2.58 kg

***

terima kasih ahli keluarga terutamanya Lokman, Mak dan Kak Ngah yang banyak ambil tahu tentang Naqib serta idea - idea membesarkan bayi pramatang. 

terima kasih doktor - doktor merawat dan menyembuhkan anak saya.

terima kasih jururawat kerana sayang dan jaga Naqib baik - baik. dan juga ajar aku serba sedikit ilmu menguruskan bayi semasa Program Day Care. 

terima kasih rakan sekerja yang banyak berkorban dan memahami kesusahan semasa ni. 

akhir sekali, syukur Allah SWT kerana memberi izin dan peluang untuk aku membesarkan Naqib. 





sekian untuk hari ini. ada masa aku kemaskini lagi. 

wasalam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

perkongsian dan komen yang membina aman dihargai