Memaparkan catatan dengan label ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ucapan. Papar semua catatan

Selasa, 16 April 2024

selamat hari raya aidilfitri

assalammualaikum dan selamat malam...

selamat hari raya aidilfitri untuk Tahun 2024.

selamat pulang Ramadhan dan Syawal. 

tahun ni agak penat dan letih menyelesaikan kerja - kerja di Tapak. so do dengan Lokman.

masa agak terhad untuk berjumpa saudara mara.

maaf zahir dan batin aku pohon kepada semua blogger. 

wasalam. 


Ahad, 31 Mac 2024

salam ramadhan 2024

assalammualaikum dan selamat pagi...

sebelum terlambat, aku nak ucapkan salam ramadhan kepada kamu - kamu yang masih aktif berblog. 

esok - esok nak buat persiapan raya pula. 

Selasa, 31 Ogos 2021

partner & other partner (2) :- selemat ulang tahun perkahwinan ke - 8

hello semua, selamat pagi...

harini Lokman jauh. kat Jasin. aku pun konon nak belikan ayam panggang dan kek seulas. sempena ulang tahun perkahwinan.

kebiasaannya, kami akan makan udang galah atau ikan patin atau ikan keli atau apa - apa ikan kalau di kampung dulu sebab Lokman akan memancing. 

tahun ni, tahun kumpul duit. jadi Lokman bekerja la kan. huhuhu.


sambung cerita balik. 

aku order kat Baker Cottage menggunakan applikasi halo.express ni untuk Lokman. hadiah la kan.

tapi sedap aku klik klik. tiba - tiba aku tengok dah siap. aku pun pelik lah. kenapa tak bayar lagi ni? 

bila tengok balik kat 'booking list' sekali rupanya COD.

hahaha.

Lokman kena bayar hadiah dia sendiri.

hahahaha.

hahahaha. lucu kan.

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE - 8

SELAMAT HARI KEBANGSAAN TAHUN 2021

wasalam.

Selasa, 10 Ogos 2021

salam maal hijrah tahun 2021

semoga tahun - tahun yang akan datang membawa satu cahaya baru kepada kita. jangan lupa menjaga keselamatan kendiri untuk mengelakkan Covid - 19 mendampingi kita. ingat mengingati sesama pasangan untuk menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal. 

semoga Lokman lebih bersemangat menerajui hari. semoga hubungan lebih utuh dan semoga kerjasama dapat dijalankan dengan lancar. 

SALAM MAAL HIJRAH 2021



Selasa, 20 Julai 2021

salam aidiladha tahun 2021

 assalammualaikum dan selamat pagi...

SALAM AIDILADHA 2021

SEMOGA IBADAH KITA DIBERKATI

untuk Lokman; semoga pengorbanan kita tahun ni diberkati juga. perhubungan jarak jauh ni kadang kala apa yang dirancang tak menjadi kenyataan. 

semoga Lokman bergembira di hari raya dan dipermudahkan urusan. 

aku di Pejabat Utama, Selayang. menghabiskan sisa - sisa hari yang bosan dengan kertas kerja. 

semoga dipermudahkan juga urusan - urusan mereka yang menjalani ibadah qurban. 

wasalam. 


Khamis, 13 Mei 2021

salam lebaran tahun 2021

assalammualaikum dan selamat malam...

datang menjenguk sini nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada blogger - blogger kental yang masih menggunakan aplikasi ni dan menulis blog dengan jayanya. 

terima kasih atas komen - komen yang diberikan. 

Maaf Zahir dan Batin.

wasalam. 

Khamis, 29 Oktober 2020

salam maulidur rasul tahun 2020

assalammualaikum dan selamat petang...

hadir di sini untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1442 Hijrah kepada semua pembaca di blog ni. kalau ada kesempatan menyinggah di sini. 

harini kesempatan bercuti dan berehat di Tapak aja. yang bekerja hanya membaiki jentera dan Pekerja Am Binaan; membuat persediaan Tapak untuk bekerja esok. 

yang lain semuanya bercuti. 

aku pulak layan Autocad ni. dah berminggu - minggu tersadai dalam draf. harap harini adalah kesudahan yang baik.

doakan aku ya. 

wasalam. 

Khamis, 20 Ogos 2020

salam maal hijrah tahun 2020

 assalammualaikum dan selamat pagi...

selamat menyambut Tahun Baru bagi umat Islam seluruh dunia. apabila menyebut berkaitan dengan hijrah. tahun ini, aku lebih menghayatinya. 

awal tahun, aku dapat kerja di Cameron Highlands sebagai Jurutera Tapak. disebabkan semasa tu aku dalam keadaan yang terdesak, aku terima ini dengan rela hati. 

jadi, aku pun berhijrah ke Cameron Highlands dan apa yang aku fahami bahawa penghijrahan kalau takda tekad dan asbab yang kukuh ia tak mungkin menjadi kenyataan. 

mari kita hargai perhijrahan Nabi Muhammad SAW kerana kalau tak berhijrah ke Madinah mungkin momentum dakwah Islam tak dapat tercetus ke seluruh dunia.

wallahualam.