Sabtu, 1 Mei 2021

mental health (1) : anxiety and depression

assalammualaikum dan selamat pagi...

anxiety and depression.

keresahan dan kemurungan. 

keresahan yang menyebabkan kita terus berfikir dan berfikir. akhirnya menyebabkan kita memikirkan cara yang paling tak waras bagi menyelesaikan keresahan kita. kita akan berjalan kaki jauh - jauh sehingga ilusi kita kononnya berjaya mencari penyelesaian bagi masalah yang melanda kita. 

kemudian, resah itu tiba - tiba hilang. kemudian, kita bukan di rumah / di kediaman kita. kita mungkin masa itu di bawah jambatan. di tepi jalan. di tapak perkuburan. 

atau, di mana sepatutnya kita tak berada di waktu malam kelam. 

kemurungan yang menyebabkan kita menangis dan menangis.  sehingga air mata kita sendirian menitis tanpa perlu dibantu dengan esak - esakan. kemudian tanpa rasa bersalah dan menghantuk - hantukkan badan ke lantai keras. kemudian mengetuk - ngetuk kepala menggunakan tangan sendiri. 

atau, kita berlama - lama mengenang nasib. berbulan - bulan mengunci diri. sehingga kita memilih bersendirian tanpa menghiraukan makanan dan pakaian kita lagi. sehingga mengabaikan diri sendiri selama manapun tanpa peduli.

ini adalah keadaan yang kebiasaannya kita alami sekiranya keresahan dan kemurungan berada dalam keadaan yang kritikal.

berusaha lah untuk jadi yang lebih baik. bina matlamat. biarkan yang lampau tinggal di sana. hadapi masa hadapan dengan berani. 

terima hakikat diri. tidak perlu menjadi orang lain. tidak perlu memuaskan hati semua orang. anggap juga kegagalan - kegagalan dalam kehidupan adalah satu perjalanan. kurangkan berharap pada satu benda yang tidak pasti. dan fikirkan fakta dan rasional sewaktu memenuhi matlamat. 

selamat berusaha Mastura. lepaskan dirimu dari penyakit keresahan dan kemurungan.

semoga Allah merahmati kita.

wasalam. 


8 ulasan:

  1. Wkmsalam.
    Pandang ke hadapan dengan tekad dan azam untuk berjaya.
    Ujian telah berlalu.

    BalasPadam
  2. "Allah uji sebab Allah sayang", kuatkan semangat Mastura.
    Aku berpendapat depresi ni timbul sebab kita terlalu memikirkan hal yang tak pasti. Jadi untuk mengelakkan jadi terlalu berfikiran begitu, kita cuba hidup untuk hari ini. Kemudian perlahan-lahan untuk esok dan seterusnya. Jangan terlalu jauh ke depan. Cuba hadkan jangkauan ekspetasi kita biar tak terlalu tinggi. Biar setara dengan kemampuan kita. Selalu baca Al-Quran ye Mastura dan jaga solat. Minta petunjuk Allah.

    Aku doakan kau kuat dan boleh menjalani hidup dengan tenang. Insyaallah.
    Jaga diri.

    xo.

    BalasPadam
  3. Kerisauan melampau juga boleh disebabkan hypertiroid, 6 thn lepas aku kena.

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam - macam penyakit fizikal lain boleh datang sebab anxiety and depression. antara lainnya gastric.

      Padam
  4. idk.. i just feel sad when reading this :(

    BalasPadam

perkongsian dan komen yang membina aman dihargai