Memaparkan catatan dengan label keluhan hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluhan hati. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Mei 2021

mental health (1) : anxiety and depression

assalammualaikum dan selamat pagi...

anxiety and depression.

keresahan dan kemurungan. 

keresahan yang menyebabkan kita terus berfikir dan berfikir. akhirnya menyebabkan kita memikirkan cara yang paling tak waras bagi menyelesaikan keresahan kita. kita akan berjalan kaki jauh - jauh sehingga ilusi kita kononnya berjaya mencari penyelesaian bagi masalah yang melanda kita. 

kemudian, resah itu tiba - tiba hilang. kemudian, kita bukan di rumah / di kediaman kita. kita mungkin masa itu di bawah jambatan. di tepi jalan. di tapak perkuburan. 

atau, di mana sepatutnya kita tak berada di waktu malam kelam. 

kemurungan yang menyebabkan kita menangis dan menangis.  sehingga air mata kita sendirian menitis tanpa perlu dibantu dengan esak - esakan. kemudian tanpa rasa bersalah dan menghantuk - hantukkan badan ke lantai keras. kemudian mengetuk - ngetuk kepala menggunakan tangan sendiri. 

atau, kita berlama - lama mengenang nasib. berbulan - bulan mengunci diri. sehingga kita memilih bersendirian tanpa menghiraukan makanan dan pakaian kita lagi. sehingga mengabaikan diri sendiri selama manapun tanpa peduli.

ini adalah keadaan yang kebiasaannya kita alami sekiranya keresahan dan kemurungan berada dalam keadaan yang kritikal.

berusaha lah untuk jadi yang lebih baik. bina matlamat. biarkan yang lampau tinggal di sana. hadapi masa hadapan dengan berani. 

terima hakikat diri. tidak perlu menjadi orang lain. tidak perlu memuaskan hati semua orang. anggap juga kegagalan - kegagalan dalam kehidupan adalah satu perjalanan. kurangkan berharap pada satu benda yang tidak pasti. dan fikirkan fakta dan rasional sewaktu memenuhi matlamat. 

selamat berusaha Mastura. lepaskan dirimu dari penyakit keresahan dan kemurungan.

semoga Allah merahmati kita.

wasalam. 


pregnancy diary (1) : bleeding or minor miscarriage

assalammualaikum dan selamat pagi...

aku sebenarnya masa tu, tak tahu aku mengandung. selalunya dalam cerita novel cinta bahagia; orang yang tak tahu dia mengandung akan ada kesudahan yang baik.

tapi itu bukanlah cerita aku. 

hurm.

Lokman bekerja di Tapak Bina yang sama dengan aku. kami berlainan bos dan company. Lokman bekerja dengan Subkontraktor Kerja Tanah. aku bekerja dengan Kontraktor Utama. 

jadi, kami memilih untuk tinggal di Rumah Kongsi. ramai juga yang tertanya - tanya pilihan aku dan Lokman memilih Rumah Kongsi sebagai tempat tinggal. 

pertamanya sebab kami nak berjimat dan menyimpan. sesuai dengan matlamat aku bekerja makan gaji adalah dengan tujuan untuk melunaskan hutang - hutang aku yang dulu.

berdasarkan tangga gaji B40 antara kami yang baru bekerja, menyewa sebuah rumah di sini adalah satu pilihan yang bermodal tinggi. aku dan Lokman redha lalu kami tinggal di Rumah Kongsi dalam Tapak.

dekat sini aku nak beritahu bahawa, kami tak merancang untuk ada anak dalam pada masa ini. tapi kami juga tidak membuat apa - apa rancangan untuk menyekat kehamilan melalui pil perancang dan kaedah yang seumpamanya. 

bulan Februari 2021 ke bulan Mac 2021, mensturasi aku tak ketentuan. bulan Februari 2021, mensturasi tiba seperti biasa, tapi berlarutan sehingga sebulan. aku panik. 

akhirnya, aku ke hospital bagi permasalahan tu. perempuan kalau mensturasi tak berhenti sebulan tu dah jadi 'darah berpenyakit'

bila aku ke hospital pada 08 Mac 2021, doktor minta aku tunggu seminggu untuk keputusan makmal. ujian makmal tu sahkan aku takda penyakit stress atau kanser atau apa benda la. masa aku pergi hospital tu pada 15 Mac 2021. 

esoknya tu, aku ada Lawatan Tapak. balik dari Lawatan Tapak tu, ada Pakcik Perunding berbisik kat aku yang kemungkinan aku mengandung. 

balik dari Lawatan tu, aku terus beli 'Pregnancy Test Kit' dan esok pagi - pagi aku buat la ujian tu. terbukti jugalah aku mengandung.

disebabkan aku adalah masalah kemurungan, aku ada temujanji dengan doktor seminggu selepas ni. aku pun buat keputusan untuk tunggu daftar "Buku Merah" pada masa itu.

keesokan harinya, iaitu 18 Mac 2021 aku pun bekerja macam biasa. 

hari tu adalah hari yang sibuk. hari - hari akhir bagi menyiapkan Kerja di Tapak Lupus dan Lokman pula dapat kobis banyak - banyak. tu belah tengah hari.

menjelang petang pulak, aku pergi tengok Kerja Besi Tetulang di Platform 5 dan Platform 6 untuk peringkat Asas Pad. sedang berborak untuk tukang - tukang bagi menyusun bahan binaan dan pemeriksaan dan duit - duit, aku rasa macam mengalir darah. 

aku pun berjalan laju - laju ke tandas. kemudian, aku sahkan ada darah. aku dah rasa sedih dah masa tu. aku masuk bilik, kemudian aku telefon Lokman. aku cakap elok - elok kemungkinan aku 'bleeding' 

aku ajak Nabil ke hospital. sebenarnya belakang dah mula sakit. hanya Tuhan yang tahu.

seminggu lepas tu, darah pun berhenti mengalir dan sah la bahawa kandungan aku tu, minor miscarriage. 

takpe la. takde rezeki mungkin. sekadar berkongsi di ruangan ini. 

nasib baik kadar kemurungan dan keresahan aku kali ni tak sampai ke tahap jalan kaki sana dan sini macam dulu.

syukur Tuhan. aku tahu ada petanda yang Kau berikan. aku ambil segala hikmah-Mu.

wasalam. 




sakit (2) : gastrik

assalammualaikum dan selamat pagi...

dah lamanya tak menulis. serupa rindu, habiskan masa seharian depan komputer dan mengadap kertas kerja. tapi sedikit sebanyak kehidupan ni berubah. sebab sekarang ni dah kena buat kerja di lapangan. 

tahun ni, aku diserang sakit gastrik yang teruk. sehingga ke hospital. dua tiga kali. lepas aku dapat ubat angin yang berwarna susu dan disuntik beberapa ubat semasa 'masuk air' sakit gastrik pun kebah.

tapi, sakit tu kerap berulang dalam dua minggu sekali buat badan aku lembik. 

setelah beberapa kali aku ke Wad Kecemasan, Hosp. Daerah Cameron Highlands, doktor di situ nasihatkan aku supaya mengambil antibiotik; ada tiga ke empat biji semuanya. amoxicilin, clarithromycin dan metroridazole. agaknya la. huhu. 

lepas dari aku amalkan ubat tu selama seminggu, jadual makan dan jadual 'membuang' juga berubah.

aku rasa lebih baik la; kalau aku tersalah makan, makanan yang berasid dan pedas; aku akan ke tandas untuk buang dia. sistem penghadaman aku lebih okey. 

jadi, lepas dari kejadian gastrik tu aku asyik makan je la menggemukkan badan.

huhu. 

sekian saja berkongsi.

selamat berpuasa semua. half way to go. 

wasalam. 



Sabtu, 28 November 2020

warga asing (1) : hidup merantau

Assalammualaikum dan Selamat Malam...

menulis dalam suasana hujan lagi minggu ni. minggu lepas dah buat permohonan kepada Jabatan Meteorologi untuk mendapatkan kadar hujan pada bulan - bulan ini amnya. 

aku masih lagi berfokus untuk menceritakan hal ehwal Pekerja di Tapak. mungkin ini salah satu pengalaman yang paling lama untuk aku tinggal bersama mereka. 

tapi bukan semua keputusan aku buat di Tapak. bidang kuasa aku terhad. terutamanya hal perlantikan Pekerja atau Subkontraktor; semuanya adalah di bawah Pengurusan Pejabat Utama. 

ada seorang Pekerja warga Bangladesh. mohon untuk pulang. tapi disebabkan Covid - 19 dan lain - lain isu berkaitan kelulusan Permit dan pembayaran Levi dan sebagainya; permohonan beliau ditangguhkan. 

dah beberapa bulan beliau mohon. tapi tak berjaya. 

tahap aku dengan beliau ni, hampir bertumbuk di Rumah Pekerja sebab beliau dah tak tahan lagi nak pulang. sampai aku dituduh tak sampaikan permohonan tu pada pihak atasan. 

tapi yang silapnya aku. aku pun duduk di Rumah Pekerja di Tapak. jadi aku dekat dengan mereka. perkara - perkara macam ni memang susah nak dielakkan. 

setelah kejadian tu, dia mula 'slow down' buat permohonan nak balik. seminggu jugak la aku tak bercakap dengan si beliau ni lepas bergaduh mulut tu. 

sebab kita ni ibarat tinggal sebumbung. beliau dan aku mungkin masih diberikan kesabaran oleh Yang Maha Esa. aku kembali lah bercakap dengan beliau. buat macam biasa. 

satu malam, berjalan ke bilik mandi aku nampak dia sibuk bertelefon. jauh di sana. dia menangis panjang. 

aku pun pegi gatal mulut tanya;

Aku :- Kalam Bhai, kenapa ni nangis?

Kalam :- Isteri; Kampung; Sakit; Operation. 

sambil angkat tangan sembah tu beliau cakap teresak - esak. 

Kalam :- Kakak, kasi doa sama Allah untuk Isteri saya. 

dan dan tu menitik air mata aku weyh. 

aku mandi dengan Lokman, dalam bilik mandi tu aku menangis la tersedu - sedu.

Lokman cuma cakap, aku dah jalankan apa yang perlu dan aku sendiri pun tak mampu nak tolong beliau ni lagi. 

sedih. hujan. sakit dan demam masih menguasai kita semua ni.  

semoga mentari muncul lagi. 

wasalam. 

Sabtu, 21 November 2020

cerita kerja (2) : musim tengkujuh

assalammualaikum dan selamat petang...

aku ambil cuti hari ni dan hari Isnin. hujan lebat. tapi bukan itu lah punca aku ambil cuti. 

terkebetulan tahun ni Selia Tapak waktu musim hujan. setiap hari hujan. 

aku ni, sebagai seorang Bos / Kakak Kerani sebenarnya agak 'kepala angin' dan 'mulut bisa'

mana yang selalu tak kena dek sikap perfectionist aku, secara jujurnya aku mengamuk, membebel dan aku maki kan aja, maki kan aja, maki kan aja.

why bother kalau orang benci aku pun. 

tapi bila situasi hujan, aku taknak mendesak Kemajuan di Tapak ni. sebab aku tengok betapa gigihnya Pekerja Am korek longkang, Operator Mesin korek perangkap lumpur setiap hari 1.50 meter dalam, Pekerja Konkrit setiap hari pam air, berlanyau dalam lumpur untuk siapkan Tapak Kaki Gajah.

dan perkara itu jika tidak diulangi kita betah lagi. tapi apakan daya, kalau hujan mampir di petang hari, usaha mereka sia - sia. 

Pekerja Am tetap kena korek longkang esoknya. Operator Mesin tetap kena korek perangkap lumpur esoknya. Pekerja Konkrit tetap kena pam air dan berlanyau esoknya. 

sehingga, mereka membersikhkan Tapak dan Ruang Kerja sahaja ketika hujan tanpa ada peningkatan Kerja yang memberangsangkan. 

mereka nak Kerja memikirkan gaji mereka akan berkurang.

tapi kita?

aku tutup hantaran kali ini dengan persoalan ini. semoga aku dan Allah beri pertunjuk bagaimana untuk bantu aku dan bantu mereka untuk menghadapi situasi ini. 

sekian. 

Isnin, 7 September 2020

sakit (1) : gastrik

 assalammualaikum dan selamat petang...

dah beberapa bulan ni, setiap kali satu bulan mesti mengalami sakit gastrik. dah tiga hari lepas sakit yang sangat teruk sampai tak boleh bangun.

harini dah kebah sikit lah. dah boleh lepas masuk air kat hospital semalam.

nasiblah kali ni ada Lokman sebab masa hari pertama puasa baru - baru ni, aku drive sendirian ke hospital. 

aku mencari pelbagai punca untuk penyakit ni. kalau lah sebab air, tak mungkin 100 % sebab masa aku kena sebelum ni semuanya aku gunakan air bersih. 

beberapa lama mungkin aku kurang jaga waktu makan. atas alasan kurang duit dan sibuk. agaknya itu pasal yang gastrik selalu diundang dalam hidup ni. 

Allah sedang menguji kita. bersabarlah.

sekian. wasalam.