Memaparkan catatan dengan label jurutera tapak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jurutera tapak. Papar semua catatan

Rabu, 16 Disember 2020

cerita kerja (3) : bepergian

assalammualaikum dan selamat malam...

rindu nak menulis seminggu sekali tapi tak berjaya.

dua minggu sekalian ini aku sibuk bepergian ke beberapa tempat. terasa lega bila bepergian sudah tak perlu mendapat kebenaran rentas negeri. 

tapi, dari hakikatnya jemu juga bepergian sana sini sebab kebanyakan kertas kerja aku terpaksa tinggalkan sebab penat bepergian.

semoga dalam minggu ni aku dapat selesaikan semuanya.

wasalam. 


Sabtu, 28 November 2020

warga asing (1) : hidup merantau

Assalammualaikum dan Selamat Malam...

menulis dalam suasana hujan lagi minggu ni. minggu lepas dah buat permohonan kepada Jabatan Meteorologi untuk mendapatkan kadar hujan pada bulan - bulan ini amnya. 

aku masih lagi berfokus untuk menceritakan hal ehwal Pekerja di Tapak. mungkin ini salah satu pengalaman yang paling lama untuk aku tinggal bersama mereka. 

tapi bukan semua keputusan aku buat di Tapak. bidang kuasa aku terhad. terutamanya hal perlantikan Pekerja atau Subkontraktor; semuanya adalah di bawah Pengurusan Pejabat Utama. 

ada seorang Pekerja warga Bangladesh. mohon untuk pulang. tapi disebabkan Covid - 19 dan lain - lain isu berkaitan kelulusan Permit dan pembayaran Levi dan sebagainya; permohonan beliau ditangguhkan. 

dah beberapa bulan beliau mohon. tapi tak berjaya. 

tahap aku dengan beliau ni, hampir bertumbuk di Rumah Pekerja sebab beliau dah tak tahan lagi nak pulang. sampai aku dituduh tak sampaikan permohonan tu pada pihak atasan. 

tapi yang silapnya aku. aku pun duduk di Rumah Pekerja di Tapak. jadi aku dekat dengan mereka. perkara - perkara macam ni memang susah nak dielakkan. 

setelah kejadian tu, dia mula 'slow down' buat permohonan nak balik. seminggu jugak la aku tak bercakap dengan si beliau ni lepas bergaduh mulut tu. 

sebab kita ni ibarat tinggal sebumbung. beliau dan aku mungkin masih diberikan kesabaran oleh Yang Maha Esa. aku kembali lah bercakap dengan beliau. buat macam biasa. 

satu malam, berjalan ke bilik mandi aku nampak dia sibuk bertelefon. jauh di sana. dia menangis panjang. 

aku pun pegi gatal mulut tanya;

Aku :- Kalam Bhai, kenapa ni nangis?

Kalam :- Isteri; Kampung; Sakit; Operation. 

sambil angkat tangan sembah tu beliau cakap teresak - esak. 

Kalam :- Kakak, kasi doa sama Allah untuk Isteri saya. 

dan dan tu menitik air mata aku weyh. 

aku mandi dengan Lokman, dalam bilik mandi tu aku menangis la tersedu - sedu.

Lokman cuma cakap, aku dah jalankan apa yang perlu dan aku sendiri pun tak mampu nak tolong beliau ni lagi. 

sedih. hujan. sakit dan demam masih menguasai kita semua ni.  

semoga mentari muncul lagi. 

wasalam. 

Sabtu, 21 November 2020

cerita kerja (2) : musim tengkujuh

assalammualaikum dan selamat petang...

aku ambil cuti hari ni dan hari Isnin. hujan lebat. tapi bukan itu lah punca aku ambil cuti. 

terkebetulan tahun ni Selia Tapak waktu musim hujan. setiap hari hujan. 

aku ni, sebagai seorang Bos / Kakak Kerani sebenarnya agak 'kepala angin' dan 'mulut bisa'

mana yang selalu tak kena dek sikap perfectionist aku, secara jujurnya aku mengamuk, membebel dan aku maki kan aja, maki kan aja, maki kan aja.

why bother kalau orang benci aku pun. 

tapi bila situasi hujan, aku taknak mendesak Kemajuan di Tapak ni. sebab aku tengok betapa gigihnya Pekerja Am korek longkang, Operator Mesin korek perangkap lumpur setiap hari 1.50 meter dalam, Pekerja Konkrit setiap hari pam air, berlanyau dalam lumpur untuk siapkan Tapak Kaki Gajah.

dan perkara itu jika tidak diulangi kita betah lagi. tapi apakan daya, kalau hujan mampir di petang hari, usaha mereka sia - sia. 

Pekerja Am tetap kena korek longkang esoknya. Operator Mesin tetap kena korek perangkap lumpur esoknya. Pekerja Konkrit tetap kena pam air dan berlanyau esoknya. 

sehingga, mereka membersikhkan Tapak dan Ruang Kerja sahaja ketika hujan tanpa ada peningkatan Kerja yang memberangsangkan. 

mereka nak Kerja memikirkan gaji mereka akan berkurang.

tapi kita?

aku tutup hantaran kali ini dengan persoalan ini. semoga aku dan Allah beri pertunjuk bagaimana untuk bantu aku dan bantu mereka untuk menghadapi situasi ini. 

sekian. 

Khamis, 29 Oktober 2020

cerita kerja (1) : permulaan baru

assalammualaikum dan selamat tengah hari...

ambil kesempatan juga di sini, nak bercerita yang aku dah berpindah. aku ambil kerja tetap tetapi secara kontrak berdasarkan projek di Cameron Highlands; dengan syarikat yang biasa memberi aku kerja - kerja lukisan dan laporan pembinaan. 

Lokman juga selepas mengalami setengah tahun yang mendukacitakan kami, telah mula bekerja tetap dan tidak lagi mahu menyambung pensyarikatan dalam masa terdekat ni. 

aieh. berat nak cerita tapi aku takde la sedih mana pun. 

dengan keadaan ekonomi tak ketentuan, bekerja adalah cara paling selamat untuk meneruskan kelansungan hidup. 

kami lupakan apa segala impian yang lama dan bina semula yang baru berdasarkan keadaan semasa. 

aku sebenarnya bersyukur amat sangat, dalam keadaan masa ramai pekerja dibuang kerja, dipotong gaji dan skala perniagaan dikecilkan; aku masih mampu makan dan minum dengan teratur. 

kehidupan aku harini tak mewah pun. tapi kedudukan dan susunan kewangan aku lebih teratur sebab aku dah bekerja. 

diharapkan dalam tempoh masa Kontrak ini, projek ini dapat disiapkan pada masa ketikanya. Allah SWT memberkati perjalanan kami sepanjang projek ini. 

dan aku dapat latih generasi muda seorang atau dua; berkongsi aspirasi pembinaan dari kaca mata aku. 

dan aku dah makin pulih dari penyakit 'anxiety' dan kemurungan selepas Mohamad Zen meninggal dunia. 

dan aku boleh mengagahi kehidupan ini bersama Lokman dan belajar tolak ansur bersama dia. 

dan semoga perkara - perkara yang diberkati selalu keliling aku.

dan semoga wabak ini akan berakhir. 

ya, ia sebuah rutin baru untuk aku malah untuk seantero dunia. 

wasalam.