Sabtu, 21 November 2020

cerita kerja (2) : musim tengkujuh

assalammualaikum dan selamat petang...

aku ambil cuti hari ni dan hari Isnin. hujan lebat. tapi bukan itu lah punca aku ambil cuti. 

terkebetulan tahun ni Selia Tapak waktu musim hujan. setiap hari hujan. 

aku ni, sebagai seorang Bos / Kakak Kerani sebenarnya agak 'kepala angin' dan 'mulut bisa'

mana yang selalu tak kena dek sikap perfectionist aku, secara jujurnya aku mengamuk, membebel dan aku maki kan aja, maki kan aja, maki kan aja.

why bother kalau orang benci aku pun. 

tapi bila situasi hujan, aku taknak mendesak Kemajuan di Tapak ni. sebab aku tengok betapa gigihnya Pekerja Am korek longkang, Operator Mesin korek perangkap lumpur setiap hari 1.50 meter dalam, Pekerja Konkrit setiap hari pam air, berlanyau dalam lumpur untuk siapkan Tapak Kaki Gajah.

dan perkara itu jika tidak diulangi kita betah lagi. tapi apakan daya, kalau hujan mampir di petang hari, usaha mereka sia - sia. 

Pekerja Am tetap kena korek longkang esoknya. Operator Mesin tetap kena korek perangkap lumpur esoknya. Pekerja Konkrit tetap kena pam air dan berlanyau esoknya. 

sehingga, mereka membersikhkan Tapak dan Ruang Kerja sahaja ketika hujan tanpa ada peningkatan Kerja yang memberangsangkan. 

mereka nak Kerja memikirkan gaji mereka akan berkurang.

tapi kita?

aku tutup hantaran kali ini dengan persoalan ini. semoga aku dan Allah beri pertunjuk bagaimana untuk bantu aku dan bantu mereka untuk menghadapi situasi ini. 

sekian. 

6 ulasan:

  1. kalau gaji hari .. kira rezeki mereka lah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. gaji hari lagi kesian sebenarnya, takde kerja takde gaji.

      tu yang sedih tu.

      Padam
    2. ohh ye ke... igtkan lagi lambat siap lagi masyuk

      Padam
    3. wan.

      kalau aku macam ni buat Kontrak, aku hepi sekali.

      sayangnya, kita bekerja berlandas Kontrak. jadi hal ehwal ni kita berhati - hati.

      Padam
  2. Musim tengkujuh emang banyak memberi halangan kepada kerja2 pembinaan.
    Harap2 dapat tunjukkan lebih sikap 'mesra alam' kepada orang2 bawahan kita.

    BalasPadam

perkongsian dan komen yang membina aman dihargai