Khamis, 29 Oktober 2020

cerita kerja (1) : permulaan baru

assalammualaikum dan selamat tengah hari...

ambil kesempatan juga di sini, nak bercerita yang aku dah berpindah. aku ambil kerja tetap tetapi secara kontrak berdasarkan projek di Cameron Highlands; dengan syarikat yang biasa memberi aku kerja - kerja lukisan dan laporan pembinaan. 

Lokman juga selepas mengalami setengah tahun yang mendukacitakan kami, telah mula bekerja tetap dan tidak lagi mahu menyambung pensyarikatan dalam masa terdekat ni. 

aieh. berat nak cerita tapi aku takde la sedih mana pun. 

dengan keadaan ekonomi tak ketentuan, bekerja adalah cara paling selamat untuk meneruskan kelansungan hidup. 

kami lupakan apa segala impian yang lama dan bina semula yang baru berdasarkan keadaan semasa. 

aku sebenarnya bersyukur amat sangat, dalam keadaan masa ramai pekerja dibuang kerja, dipotong gaji dan skala perniagaan dikecilkan; aku masih mampu makan dan minum dengan teratur. 

kehidupan aku harini tak mewah pun. tapi kedudukan dan susunan kewangan aku lebih teratur sebab aku dah bekerja. 

diharapkan dalam tempoh masa Kontrak ini, projek ini dapat disiapkan pada masa ketikanya. Allah SWT memberkati perjalanan kami sepanjang projek ini. 

dan aku dapat latih generasi muda seorang atau dua; berkongsi aspirasi pembinaan dari kaca mata aku. 

dan aku dah makin pulih dari penyakit 'anxiety' dan kemurungan selepas Mohamad Zen meninggal dunia. 

dan aku boleh mengagahi kehidupan ini bersama Lokman dan belajar tolak ansur bersama dia. 

dan semoga perkara - perkara yang diberkati selalu keliling aku.

dan semoga wabak ini akan berakhir. 

ya, ia sebuah rutin baru untuk aku malah untuk seantero dunia. 

wasalam. 

10 ulasan:

  1. Dalam keadaan sekarang ni kita perlu kuat untuk kelansungan hidup kita. usaha selagi mana mampu. Jadikan permulaan baru sebagai semangat untuk kita lebih kuat melangkah. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aaminn

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga dipermudahkan urusan Azhafiizah juga ya.

      Padam
  2. Hidup kena teruskan
    Semoga dipermudahkan segala urusan mendatangnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih doa dari WP.

      semoga WP sehat selalu.

      Padam
  3. semoga dipermudahkan segala urusan. duk atas tu boleh la makan strawberry cicah coklat selalu :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. uhuhu.

      bulan - bulan pertama memang excited juga. tapi sekarang dah mereda sikit.

      kalau nak strawberry roger ok.

      Padam
  4. Ah.. cemburunya aku kau dapat tinggal di tempat sejuk. Aku kat sini panas.. umphh..

    BalasPadam
  5. ujian / dugaan datang dlm bermacam-macam bentuk dan rupa...sama ada tahan atau tak saja nak harunginya

    BalasPadam

perkongsian dan komen yang membina aman dihargai