Ahad, 1 Ogos 2021

normal baru (3) : vaksinasi dos pertama

assalammualaikum dan selamat petang...

sebenarnya, aku lama juga tunggu vaksin. semalam finally dapat secara mengejut. mula - mula aku daftar di negeri aku kerja sekarang ni. tapi Lokman cakap better ikut alamat kad pengenalan. 

aku pun ikut la cakap dia. akhirnya semalam pukul 0800 pagi aku dapat mesej dari MySejahtera yang aku layak divaksin di Gamuda Garden, Rawang. 

aku tak fikir panjang la terus setuju. boleh nak batalkan kalau boleh. tapi aku fikir semalam aku takda 'urgent matter' jadi baik aku gunakan kesempatan tu.

aku pecut ke sana dan dah habis, aku pecut balik ke sini.

haha. gila lah aku main atas jalan je semalam.

kesan vaksin ni, perut aku lapar dan aku mengantok. 

jadi aku tidur seharian tadi. 

aku dapat jenis Sinovac. saja la nak maklum. 

wasalam. 

16 ulasan:

  1. Wah boleh ambil di negeri lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti sebenarnya bab kenegerian ni. tapi bila dah dapat tak sampai hati nak tolak tanpa sebab yang munasabah.
      last sekali kita pergi je la.

      Padam
  2. Alhamdulillah dapat dapat juga. Asalkan dapat. Boleh juga ye ikut IC. samalah kita geng Sinovac :) Sama juga kesan macam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah seminggu ni masih dalam mode lapar yang sama.

      huhu.

      Padam
  3. Alhamdulillah nak vaksin dah Mastura.
    Kemain kau pecut sana sini. haha .. aku pun ambik vaksin kat Perak sebab aku letak address perak. Yang best nya tak ramai orang. Tenang sikit hati. Kat KL ni ramai sangat tacoood ~

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah. tapi mana - mana pun okey.

      asal divaksin.

      Padam
  4. ok la tu, boleh jalan jalan :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.

      boleh jalan - jalan. tapi, masa tu hujung bulan.

      sekian. terima kasih.

      Padam
  5. Tahniah dah vaksinasi..samalah kita Sinovac jg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab vaksin ni dibeli banyak di pasaran kot.

      Padam
  6. Tahniah dah dapat vaksin. semoga jauh dari covid19 amin...kita ikhtiar, selebihnya Tawakal kepada Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul tu.
      lepas vaksin, banyak pula yang diserang sakit.
      semoga kita dipermudahkan.

      Padam
  7. Alhamdulillah dah dapat vaksin.. InshaAllah bertawakkal..

    BalasPadam

perkongsian dan komen yang membina aman dihargai