Memaparkan catatan dengan label covid 19. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label covid 19. Papar semua catatan

Ahad, 1 Ogos 2021

normal baru (3) : vaksinasi dos pertama

assalammualaikum dan selamat petang...

sebenarnya, aku lama juga tunggu vaksin. semalam finally dapat secara mengejut. mula - mula aku daftar di negeri aku kerja sekarang ni. tapi Lokman cakap better ikut alamat kad pengenalan. 

aku pun ikut la cakap dia. akhirnya semalam pukul 0800 pagi aku dapat mesej dari MySejahtera yang aku layak divaksin di Gamuda Garden, Rawang. 

aku tak fikir panjang la terus setuju. boleh nak batalkan kalau boleh. tapi aku fikir semalam aku takda 'urgent matter' jadi baik aku gunakan kesempatan tu.

aku pecut ke sana dan dah habis, aku pecut balik ke sini.

haha. gila lah aku main atas jalan je semalam.

kesan vaksin ni, perut aku lapar dan aku mengantok. 

jadi aku tidur seharian tadi. 

aku dapat jenis Sinovac. saja la nak maklum. 

wasalam. 

Sabtu, 19 Disember 2020

normal baru (1) : pelitup muka

assalammualaikum dan selamat petang...

Walimatul Urus Zetty 

buat masa harini, semua orang mula kenal serba sedikit alat - alat keselamatan disebabkan oleh Pandemik Covid 19 ni. 

mahu tak mahu, kalau keluar mesti la kita pakai pelitup muka. lebih - lebih lagi bila di hadapan Penguatkuasa sebab tak nak kena kompaun. 

huhu. 

pada satu hari yang dulu - dulu, aku dengan Lokman nak makan di satu restoren yang kita selalu lepak dalam kawasan Golden Hill. 

sebabkan waktu pagi, kedai baru buka. maka, Tuan Kedai sibuk la meletakkan buku pemeriksaan suhu, pen dan termometer di meja yang disediakan untuk memeriksa. 

kebetulan, Penguatkuasa tiba. 

Tuan Kedai bagi 'hint' kepada kami yang membelakangkan Penguatkuasa tersebut. 

Tuan Kedai :- Mas, (Abang dalam Bahasa Indonesia) kamu tahu ka yang tak pakai topeng itu Satu Ribu hukumnya?

Lokman :- tau, aku ada ...

aku pula disamping Lokman terkocoh - kocoh menyelit tali pelitup muka ke dalam tudung menyangkut ke telinga menggunakan sebelah tangan. sebelah tangan lagi aku hulurkan pelitup muka untuk Lokman pakai.

Lokman :- aku ada topeng wak, satu ribu aku takda. 

hahaha. 

terbelahak aku gelak sambil menulis kadar suhu aku sekitar 36.7 darjah celcius. 

ya, kita ni ditimpa wabak. cara termurah adalah mencegahnya. 

bila bersesak di tempat awam kekalkan lah memakai pelitup muka. semoga kita semua terhindar dari semua jenis penyakit. 

wasalam.