Sabtu, 1 Mei 2021

pregnancy diary (1) : bleeding or minor miscarriage

assalammualaikum dan selamat pagi...

aku sebenarnya masa tu, tak tahu aku mengandung. selalunya dalam cerita novel cinta bahagia; orang yang tak tahu dia mengandung akan ada kesudahan yang baik.

tapi itu bukanlah cerita aku. 

hurm.

Lokman bekerja di Tapak Bina yang sama dengan aku. kami berlainan bos dan company. Lokman bekerja dengan Subkontraktor Kerja Tanah. aku bekerja dengan Kontraktor Utama. 

jadi, kami memilih untuk tinggal di Rumah Kongsi. ramai juga yang tertanya - tanya pilihan aku dan Lokman memilih Rumah Kongsi sebagai tempat tinggal. 

pertamanya sebab kami nak berjimat dan menyimpan. sesuai dengan matlamat aku bekerja makan gaji adalah dengan tujuan untuk melunaskan hutang - hutang aku yang dulu.

berdasarkan tangga gaji B40 antara kami yang baru bekerja, menyewa sebuah rumah di sini adalah satu pilihan yang bermodal tinggi. aku dan Lokman redha lalu kami tinggal di Rumah Kongsi dalam Tapak.

dekat sini aku nak beritahu bahawa, kami tak merancang untuk ada anak dalam pada masa ini. tapi kami juga tidak membuat apa - apa rancangan untuk menyekat kehamilan melalui pil perancang dan kaedah yang seumpamanya. 

bulan Februari 2021 ke bulan Mac 2021, mensturasi aku tak ketentuan. bulan Februari 2021, mensturasi tiba seperti biasa, tapi berlarutan sehingga sebulan. aku panik. 

akhirnya, aku ke hospital bagi permasalahan tu. perempuan kalau mensturasi tak berhenti sebulan tu dah jadi 'darah berpenyakit'

bila aku ke hospital pada 08 Mac 2021, doktor minta aku tunggu seminggu untuk keputusan makmal. ujian makmal tu sahkan aku takda penyakit stress atau kanser atau apa benda la. masa aku pergi hospital tu pada 15 Mac 2021. 

esoknya tu, aku ada Lawatan Tapak. balik dari Lawatan Tapak tu, ada Pakcik Perunding berbisik kat aku yang kemungkinan aku mengandung. 

balik dari Lawatan tu, aku terus beli 'Pregnancy Test Kit' dan esok pagi - pagi aku buat la ujian tu. terbukti jugalah aku mengandung.

disebabkan aku adalah masalah kemurungan, aku ada temujanji dengan doktor seminggu selepas ni. aku pun buat keputusan untuk tunggu daftar "Buku Merah" pada masa itu.

keesokan harinya, iaitu 18 Mac 2021 aku pun bekerja macam biasa. 

hari tu adalah hari yang sibuk. hari - hari akhir bagi menyiapkan Kerja di Tapak Lupus dan Lokman pula dapat kobis banyak - banyak. tu belah tengah hari.

menjelang petang pulak, aku pergi tengok Kerja Besi Tetulang di Platform 5 dan Platform 6 untuk peringkat Asas Pad. sedang berborak untuk tukang - tukang bagi menyusun bahan binaan dan pemeriksaan dan duit - duit, aku rasa macam mengalir darah. 

aku pun berjalan laju - laju ke tandas. kemudian, aku sahkan ada darah. aku dah rasa sedih dah masa tu. aku masuk bilik, kemudian aku telefon Lokman. aku cakap elok - elok kemungkinan aku 'bleeding' 

aku ajak Nabil ke hospital. sebenarnya belakang dah mula sakit. hanya Tuhan yang tahu.

seminggu lepas tu, darah pun berhenti mengalir dan sah la bahawa kandungan aku tu, minor miscarriage. 

takpe la. takde rezeki mungkin. sekadar berkongsi di ruangan ini. 

nasib baik kadar kemurungan dan keresahan aku kali ni tak sampai ke tahap jalan kaki sana dan sini macam dulu.

syukur Tuhan. aku tahu ada petanda yang Kau berikan. aku ambil segala hikmah-Mu.

wasalam. 




sakit (2) : gastrik

assalammualaikum dan selamat pagi...

dah lamanya tak menulis. serupa rindu, habiskan masa seharian depan komputer dan mengadap kertas kerja. tapi sedikit sebanyak kehidupan ni berubah. sebab sekarang ni dah kena buat kerja di lapangan. 

tahun ni, aku diserang sakit gastrik yang teruk. sehingga ke hospital. dua tiga kali. lepas aku dapat ubat angin yang berwarna susu dan disuntik beberapa ubat semasa 'masuk air' sakit gastrik pun kebah.

tapi, sakit tu kerap berulang dalam dua minggu sekali buat badan aku lembik. 

setelah beberapa kali aku ke Wad Kecemasan, Hosp. Daerah Cameron Highlands, doktor di situ nasihatkan aku supaya mengambil antibiotik; ada tiga ke empat biji semuanya. amoxicilin, clarithromycin dan metroridazole. agaknya la. huhu. 

lepas dari aku amalkan ubat tu selama seminggu, jadual makan dan jadual 'membuang' juga berubah.

aku rasa lebih baik la; kalau aku tersalah makan, makanan yang berasid dan pedas; aku akan ke tandas untuk buang dia. sistem penghadaman aku lebih okey. 

jadi, lepas dari kejadian gastrik tu aku asyik makan je la menggemukkan badan.

huhu. 

sekian saja berkongsi.

selamat berpuasa semua. half way to go. 

wasalam.