Ahad, 1 Ogos 2021

normal baru (3) : vaksinasi dos pertama

assalammualaikum dan selamat petang...

sebenarnya, aku lama juga tunggu vaksin. semalam finally dapat secara mengejut. mula - mula aku daftar di negeri aku kerja sekarang ni. tapi Lokman cakap better ikut alamat kad pengenalan. 

aku pun ikut la cakap dia. akhirnya semalam pukul 0800 pagi aku dapat mesej dari MySejahtera yang aku layak divaksin di Gamuda Garden, Rawang. 

aku tak fikir panjang la terus setuju. boleh nak batalkan kalau boleh. tapi aku fikir semalam aku takda 'urgent matter' jadi baik aku gunakan kesempatan tu.

aku pecut ke sana dan dah habis, aku pecut balik ke sini.

haha. gila lah aku main atas jalan je semalam.

kesan vaksin ni, perut aku lapar dan aku mengantok. 

jadi aku tidur seharian tadi. 

aku dapat jenis Sinovac. saja la nak maklum. 

wasalam. 

Jumaat, 30 Julai 2021

partner & other partner (1) : lets bygone, be bygone

kita berdua ibarat cermin. 

jadi aku akan bergerak - gerak dengan baik supaya bayang-ku (kamu) akan juga bergerak - gerak dengan baik. 

akan ku lebarkan mulut untuk senyum; supaya bibir kamu juga turut senyum. 

akan ku niatkan dan doakan perkara baik; supaya kamu juga mendapat kebaikannya. 

aku ingin lupakan apa yang berlaku masa lepas. tapi; mana mungkin. 

kamu kata, masa lepas tak boleh ditemui semula tapi kesilapan lepas boleh diperbaiki. 

di titik tolak ini, aku ingin memulainya kembali. 

seperti yang ditentukan Ilahi. 

wasalam.