Rabu, 16 Disember 2020

cerita kerja (3) : bepergian

assalammualaikum dan selamat malam...

rindu nak menulis seminggu sekali tapi tak berjaya.

dua minggu sekalian ini aku sibuk bepergian ke beberapa tempat. terasa lega bila bepergian sudah tak perlu mendapat kebenaran rentas negeri. 

tapi, dari hakikatnya jemu juga bepergian sana sini sebab kebanyakan kertas kerja aku terpaksa tinggalkan sebab penat bepergian.

semoga dalam minggu ni aku dapat selesaikan semuanya.

wasalam. 


Sabtu, 28 November 2020

warga asing (1) : hidup merantau

Assalammualaikum dan Selamat Malam...

menulis dalam suasana hujan lagi minggu ni. minggu lepas dah buat permohonan kepada Jabatan Meteorologi untuk mendapatkan kadar hujan pada bulan - bulan ini amnya. 

aku masih lagi berfokus untuk menceritakan hal ehwal Pekerja di Tapak. mungkin ini salah satu pengalaman yang paling lama untuk aku tinggal bersama mereka. 

tapi bukan semua keputusan aku buat di Tapak. bidang kuasa aku terhad. terutamanya hal perlantikan Pekerja atau Subkontraktor; semuanya adalah di bawah Pengurusan Pejabat Utama. 

ada seorang Pekerja warga Bangladesh. mohon untuk pulang. tapi disebabkan Covid - 19 dan lain - lain isu berkaitan kelulusan Permit dan pembayaran Levi dan sebagainya; permohonan beliau ditangguhkan. 

dah beberapa bulan beliau mohon. tapi tak berjaya. 

tahap aku dengan beliau ni, hampir bertumbuk di Rumah Pekerja sebab beliau dah tak tahan lagi nak pulang. sampai aku dituduh tak sampaikan permohonan tu pada pihak atasan. 

tapi yang silapnya aku. aku pun duduk di Rumah Pekerja di Tapak. jadi aku dekat dengan mereka. perkara - perkara macam ni memang susah nak dielakkan. 

setelah kejadian tu, dia mula 'slow down' buat permohonan nak balik. seminggu jugak la aku tak bercakap dengan si beliau ni lepas bergaduh mulut tu. 

sebab kita ni ibarat tinggal sebumbung. beliau dan aku mungkin masih diberikan kesabaran oleh Yang Maha Esa. aku kembali lah bercakap dengan beliau. buat macam biasa. 

satu malam, berjalan ke bilik mandi aku nampak dia sibuk bertelefon. jauh di sana. dia menangis panjang. 

aku pun pegi gatal mulut tanya;

Aku :- Kalam Bhai, kenapa ni nangis?

Kalam :- Isteri; Kampung; Sakit; Operation. 

sambil angkat tangan sembah tu beliau cakap teresak - esak. 

Kalam :- Kakak, kasi doa sama Allah untuk Isteri saya. 

dan dan tu menitik air mata aku weyh. 

aku mandi dengan Lokman, dalam bilik mandi tu aku menangis la tersedu - sedu.

Lokman cuma cakap, aku dah jalankan apa yang perlu dan aku sendiri pun tak mampu nak tolong beliau ni lagi. 

sedih. hujan. sakit dan demam masih menguasai kita semua ni.  

semoga mentari muncul lagi. 

wasalam.