Khamis, 25 Disember 2025

mister naqib (2) : oftamologi

assalammualaikum dan selamat petang...

semalam ada temujanji di Hospital Selayang buat Naqib untuk periksa mata. bayi pra-matang ada risiko "retinophaty of prematurity (ROP)" sebab salur / saraf mata belum matang sepenuhnya. 

ini adalah, periksa mata kali ketiga. dua kali dijalankan di NICU Hospital Tengku Permaisuri Norashikin. 

doktor beritahu, saraf mata Naqib belah kiri masih belum matang sepenuhnya; tetapi tak perlukan pembedahan.

cuma kena buat janji-semula pada minggu depan. doktor beritahu juga berkemungkinan anak boleh juling atau rabun. 

sebut pasal juling, aku anak pramatang juga macam Naqib. aku pun ada juling air. 

harapnya Naqib lebih baik keadaannya dari aku. amin. 

***

semoga aku ada semangat nak menulis. 

wasalam. 

Selasa, 23 Disember 2025

mister naqib (1) :- anak pramatang

assalammualaikum dan selamat malam...

dah lama tak menulis sejak Mei 2024. aku sibuk dan fokus menjaga satu projek di Melaka. sekarang aku dah berpindah semula ke Selayang. 

kalau siapa pernah baca blog lama aku. aku sekarang tinggal di "Rumah Makcik Sebelah" dekat dengan pejabat HQ.

tahun ni, aku mengandung. alhamdulillah. 

dan aku dah selamat melahirkan anak pramatang. melahirkan semasa kandungan berusia 25 minggu akibat daripada fabriod yang menekan anak dalam kandungan untuk keluar. 

alhamdulillah. kali ni selamat dikeluarkan dengan sempurna. selepas mengalami kontraksi selama 32 jam bagi mencukupkan ubat - ubatan untuk membolehkan bayi pra-matang lahir sempurna. antaranya ubat menguatkan paru - paru dan mengurangkan risiko kerosakan otak. 

akhirnya, Naqib Lokman selamat dilahirkan pada 18 Ogos 2025 jam 1042 pagi.

***

kemudian, Naqib dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama 74 hari di Hospital Shah Alam. dan mencapai berat 1.8 kg; semasa ini dua kali pemindahan darah dan sekali jangkitan kuman. 

sehari selepas keluar dari NICU, Shah Alam, Naqib sesak nafas dan masuk semula NICU di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (Pakar Wanita & Kanak - kanak) kerana dijangkiti virus Influenza A dan lain - lain kuman di paru - paru. pada masa ini, Naqib ditidurkan dan tebuk air tulang belakang untuk mengesan kuman - kuman lain. selain mengambil anti-biotik untuk Influenza A yang berlarutan sehingga 21 hari; Naqib buat pemindahan darah satu kali. pakai susu dengan formula AR untuk mengurangkan refluks dalam paru - paru. 

masa ni, aku dah jadi gila. tengok Naqib lembik di Wad Kecemasan. 

berubat di sana selama 42 hari, alhamdulillah Naqib dah makin sembuh dan berjaya menamatkan rawatan bayi pramatang pada 12 Disember 2025 jam 0800 malam; berat ideal 2.58 kg

***

terima kasih ahli keluarga terutamanya Lokman, Mak dan Kak Ngah yang banyak ambil tahu tentang Naqib serta idea - idea membesarkan bayi pramatang. 

terima kasih doktor - doktor merawat dan menyembuhkan anak saya.

terima kasih jururawat kerana sayang dan jaga Naqib baik - baik. dan juga ajar aku serba sedikit ilmu menguruskan bayi semasa Program Day Care. 

terima kasih rakan sekerja yang banyak berkorban dan memahami kesusahan semasa ni. 

akhir sekali, syukur Allah SWT kerana memberi izin dan peluang untuk aku membesarkan Naqib. 





sekian untuk hari ini. ada masa aku kemaskini lagi. 

wasalam. 

Isnin, 6 Mei 2024

cerita santai (1) :- menyambut raya

assalammualaikum dan selamat petang...

harini aku santai - santai selepas hadiri beberapa jamuan hari raya.

26 April 2024. team HQ menjamu kami menu hari raya sempena Mesyuarat Tapak selepas raya

29 April 2024. department SHE organize jamuan raya untuk pekerja binaan di Tapak. terima kasih kepada yang menyumbang dan menjayakan majlis.

30 April 2024. makan tengah hari sama rakan sekerja Tapak. 

04 Mei 2024. jamuan raya di HQ

terima kasih semua. 


Ahad, 28 April 2024

cerita kerja (10) : keseimbangan kerja dan kehidupan

assalammuaikum dan selamat malam...

untuk satu tempoh kerja yang panjang, tak mustahil kita kena seimbangkan kerja dan kehidupan.

lama - lama ia akan membentuk peraturan dan gaya hidup.

tapi, cara ni tak sesuai untuk pemula. 

wasalam.

cerita kerja (9) : introvert

assalammualaikum dan salam sejahtera...

beberapa minggu lepas, aku dan kawan kerja JKR bergurau senda tentang sikap introvert. 

yang lebih menjurus kepada rasa cuak untuk mempengerusikan mesyuarat atau membuat bentangan analisis dalam mesyuarat. 

dan, sikap boleh menyendiri dalam tempoh masa yang lama. 

lalu, aku mengakui aku seorang introvert dan mereka semua tergelak besar sambil menggeleng. 

dikatakan, aku punyai sifat santai ketika pembentangan dan mudah blending dengan ramai orang. 

sungguh hakikatnya aku praktis benda alah tu. 

bila aku balik rumah, segala tenaga gelak ketawa hilang. aku boleh tidur lebih dari lapan jam untuk keluarkan semula tenaga extrovert yang tak ngam dengan badan aku. huhu. 

aku jugak dah buat ujian 16 personalities. 

keputusannya, aku 58% introvert.

sekian. 

Isnin, 22 April 2024

cerita kucing (1) :- kehilangan

assalammualaikum dan selamat malam...

di saat aku sedang sibuk fokus. masa ni lah kucing nak menghilang. mood aku drop. aku sedih. dan aku tetap kena fokus kerja semula. 

aku sebenarnya tak kuat.

wasalam. 

Selasa, 16 April 2024

selamat hari raya aidilfitri

assalammualaikum dan selamat malam...

selamat hari raya aidilfitri untuk Tahun 2024.

selamat pulang Ramadhan dan Syawal. 

tahun ni agak penat dan letih menyelesaikan kerja - kerja di Tapak. so do dengan Lokman.

masa agak terhad untuk berjumpa saudara mara.

maaf zahir dan batin aku pohon kepada semua blogger. 

wasalam. 


Ahad, 31 Mac 2024

salam ramadhan 2024

assalammualaikum dan selamat pagi...

sebelum terlambat, aku nak ucapkan salam ramadhan kepada kamu - kamu yang masih aktif berblog. 

esok - esok nak buat persiapan raya pula. 

Rabu, 6 Mac 2024

cerita kerja (8) : kerja marathon

assalammualaikum dan selamat malam...

bagi aku, menyiapkan projek besar adalah macam lari marathon. 

kita kena berlatih untuk tingkatkan kita punya rentak laju larian. makin lama makin melaju.

kadang, makin lama makin slow.

aku tak suka lari jauh dan aku suka lari yang cepat sampai ke penamat.

sekian merungut dan mengarut.

wasalam. 

Selasa, 29 Ogos 2023

partner & other partner (4) : burn out

assalammualaikum dan selamat pagi...

seminggu yang lepas burn - out. 

otak aku hilang. 

tak dapat tidur. 

acah - acah workload banyak.

tapi, banyak juga.

semalam, Lokman ajak aku jalan - jalan. baru hilang stress.

thank you partner. 

Jumaat, 18 Ogos 2023

cerita kerja (7) : pengurus dan pengurusan

assalammualaikum dan selamat petang...

hari ni, aku belajar uruskan perkara.

terlalu muda untuk aku putuskan bagai - bagai.


Gambar Kenangan Gotong Royong Perdana

terima kasih ahli - ahli yang bantu. ada team SO, team consultant, team maincon (team aku), team NSC dan pekerja - pekerja Tapak Bina.

selepas ini, mungkin lebih ramai dari ini. harap - harap aku bertahan la sampai hujung. 

semoga projek ini berjalan lancar. 

wasalam. 


Ahad, 6 Ogos 2023

partner & other partner (3) :- pelan

assalammualaikum dan selamat petang...

hari ni aku bosan. mengadap komputer dari pagi. tapi lebih baik dari kena duduk Site.

adalah kerja santai - santai hujung minggu nak kena siapkan. 

Lokman pula sekarang kerja jauh. aku kat Melaka dia kat Perak.

waktu - waktu petang lepas dia balik dari kerja tadi, dia call aku. 

dia tanya soalan klishe la;

Lokman :- tengah buat apa?

Aku :- tengah buat pelan (lukisan bangunan) 

Lokman :- kenapa buat pelan (perlahan) buat la laju. 

haha. 

tak kelakar.

saja singgah sini.

wasalam. 

Ahad, 23 Julai 2023

cerita kerja (6) : kemaskini

assalammualaikum dan selamat malam...

setelah hampir satu tahun setengah aku tak menulis. banyak benda dah aku lalui. 

kehidupan sekarang lebih teratur. 

untuk tahun 2021, aku membuat pilihan untuk resign dari syarikat yang aku kerja sekarang ni. 

tapi, masa aku letak surat tu; tapak bina yang aku selia ada masalah tanah runtuh.

untuk mengelakkan rumor bahawa aku lari dari masalah, aku tarik balik surat resign dan resign pula di syarikat baru yang aku bekerja tu.

runsing kan?

tiga bulan selepas kejadian itu, aku ditawarkan untuk menjadi Pengurus Projek di Melaka. 

dan, aku ambil keputusan untuk menyertai projek itu.

sekarang dah hampir setahun aku dalam projek ini. diharapkan projek ini berjalan lancar.

aku harap, aku boleh kembali semula menulis di ruangan ni. 

sebab mungkin menulis adalah salah satu terapi yang boleh meluahkan rasa yang dipendam.

wasalam. 

Ahad, 5 Disember 2021

cerita kerja (5) : perancangan Allah mungkin lebih baik

assalammualaikum dan selamat pagi...

dah dua minggu aku tak dapat tidur yang teratur. kerana cuba sangat mengejar target agar kerja cepat siap dan aku membuat hala tuju baru. 

tapi, sebaik - baik perancangan kita pun; perancangan Allah SWT adalah yang paling baik. 

beberapa siri kejadian bencana alam seperti pokok tumbang dan tanah runtuh membuatkan pelbagai perkara perlu ditunda. 

dalam keadaan ini, aku ambil hikmahnya.

semoga aku berjaya dalam situasi ini. 

amin. 

Selasa, 31 Ogos 2021

Kecik & Kakak (4) :- katil kucing (2)

hello semua, selamat petang...

seperti yang aku pernah cerita sebelum ni. aku ada beli katil kucing. tapi Kecik kalau berkongsi dengan Kakak memang tak muat lah. 

aku beli satu lagi. 


mula - mula mereka rasmi katil baru dulu. 


lepas tu, katil lama Kecik pakai. katil baru Kakak pakai. 

macam abang - abang kita gak la. kalau ada handphone baru, tablet baru dan barang - barang lain yang baru; memang bini lah yang dapat pakai benda alah tu. laki, pakai yang lama. baru lah tanda sayang. gitchew.

so sweet Kecik.

wasalam. 

Kecik & Kakak (3) :- vaksin kucing

hello semua, selamat tengah hari....


untuk pertama kali, aku belajar untuk bawa kucing ke veterinar. Kecik ada penyakit selaput mata naik. atau 'mata terbalik' bak kata doktor kucing tu. 

mula - mula bawa sebab nak suntik ubat cacing. masa tu kemungkinan aku kerap travel jadi aku bawa dua ekor ni; ke sana dan ke sini.

akhirnya, berpenyakit. aku rasa mereka ni berpenyakit stress dan tak sedap perut. kucing - kucing ni pasti akan ada masalah perut; taknak makan dan taknak berak kalau kerap bawak berjalan.

tu yang selaput mata naik.

lepas seminggu cucuk ubat cacing; kita nampak Kecik membaik dari sakit. 

jadi, aku rasa aku perlu secara berkala untuk rawat penyakit kucing buat masa sekarang ni. 

selepas sebulan, doktor kucing sarankan supaya aku suntik vaksin kepada Kecik; tak terkecuali Kakak.

aku pun bawa mereka pada 17 Ogos itu hari. 

kesan; kutu kucing pada bulu berkurang. ada jugak nampak sekor dua lintas kat perut mereka tu. tapi takde la kritikal macam dulu. aku rasa kagum; sebab dalam banyak - banyak bab penjagaan kucing aku selalu gagal untuk cara mereka bersihkan bulu mereka. 

kemudian, selera makan pun bertambah. macam Kakak ni dulu ada masalah mulut dan makan. mulut berbau. Nabil selalu jadi mangsa Kakak. sebab Kakak suka duduk berpangku dengan Nabil. sekarang ni Kakak dah okey. mulut pun tak bau. selera makan pun ada. 

bab mem'berry - berry' pun dah okey. 

aku rasa, kalau kita membela 'stray cat' dan kalau kita berkemampuan. tak salah pegi vaksin. pergi lah ke pejabat / klinik veterinar kerajaan. harga mampu milik. 

wasalam.

partner & other partner (2) :- selemat ulang tahun perkahwinan ke - 8

hello semua, selamat pagi...

harini Lokman jauh. kat Jasin. aku pun konon nak belikan ayam panggang dan kek seulas. sempena ulang tahun perkahwinan.

kebiasaannya, kami akan makan udang galah atau ikan patin atau ikan keli atau apa - apa ikan kalau di kampung dulu sebab Lokman akan memancing. 

tahun ni, tahun kumpul duit. jadi Lokman bekerja la kan. huhuhu.


sambung cerita balik. 

aku order kat Baker Cottage menggunakan applikasi halo.express ni untuk Lokman. hadiah la kan.

tapi sedap aku klik klik. tiba - tiba aku tengok dah siap. aku pun pelik lah. kenapa tak bayar lagi ni? 

bila tengok balik kat 'booking list' sekali rupanya COD.

hahaha.

Lokman kena bayar hadiah dia sendiri.

hahahaha.

hahahaha. lucu kan.

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE - 8

SELAMAT HARI KEBANGSAAN TAHUN 2021

wasalam.

Selasa, 10 Ogos 2021

salam maal hijrah tahun 2021

semoga tahun - tahun yang akan datang membawa satu cahaya baru kepada kita. jangan lupa menjaga keselamatan kendiri untuk mengelakkan Covid - 19 mendampingi kita. ingat mengingati sesama pasangan untuk menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal. 

semoga Lokman lebih bersemangat menerajui hari. semoga hubungan lebih utuh dan semoga kerjasama dapat dijalankan dengan lancar. 

SALAM MAAL HIJRAH 2021



Ahad, 8 Ogos 2021

Kecik dan Kakak (2) : katil kucing (1)

assalammualaikum dan selamat petang...

mula - mula dulu, Kecik dengan Kakak tidur dalam kotak ni jadi katil. lepas tu, masing - masing dah menggemuk. diorang tukar port kotak bawah meja Teha. 



semalam aku belikan benda alah ni. kengkonon nak jadi katil baru diorang ni. 



tapi, tak muat jugak lah. 

huhu.

wasalam. 

Ahad, 1 Ogos 2021

normal baru (3) : vaksinasi dos pertama

assalammualaikum dan selamat petang...

sebenarnya, aku lama juga tunggu vaksin. semalam finally dapat secara mengejut. mula - mula aku daftar di negeri aku kerja sekarang ni. tapi Lokman cakap better ikut alamat kad pengenalan. 

aku pun ikut la cakap dia. akhirnya semalam pukul 0800 pagi aku dapat mesej dari MySejahtera yang aku layak divaksin di Gamuda Garden, Rawang. 

aku tak fikir panjang la terus setuju. boleh nak batalkan kalau boleh. tapi aku fikir semalam aku takda 'urgent matter' jadi baik aku gunakan kesempatan tu.

aku pecut ke sana dan dah habis, aku pecut balik ke sini.

haha. gila lah aku main atas jalan je semalam.

kesan vaksin ni, perut aku lapar dan aku mengantok. 

jadi aku tidur seharian tadi. 

aku dapat jenis Sinovac. saja la nak maklum. 

wasalam.